Pengikut

28 November 2008

KURSUS RFL

IPOH, satu kursus telah dijalankan di sebuah hotel di Ipoh. Kursus ini dianjurkan oleh ICRC, Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada perwakilan cawagan dan cabang tentang perhubungan pertalian keluarga yang hilang hunbungan ketika sesebuah negara berlaku bencana, peperangan dan konflik. ADMIN.





Posted by Picasa

26 Oktober 2008

LAPORAN BANJIR DIUTARA PERAK

OPS BANJIR 01/08.
NEGERI : PERAK
TARIKH : 20.10.2008
JENIS BENCANA : BANJIR

LAPORAN KEADAAN
Pada 20.10.2008 Ibupejabat Bulan Sabit Merah Malaysia telah mula memantau keadaan banjir di Bukit Merah Daerah Krian (Perak). jam 4.00 petang pihak IPK telah menghubunggi Setiausaha Cawangan Perak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan banjir di Bukit Merah serta tindakan yang diambil oleh BSMM Caw.Perak. Maklumat terkini dari Bulan Sabit Merah Cawangan Perak :-

Pusat Pemindahan Jum.Keluarga Jum.Mangsa
a. Sek.Keb. Alor Pongsu 53 203
b. Sek.Keb. Bagan Serai 9 51
c. Sek.Keb. Bukit Merah 27 117
d. Sek.Keb. Dahalan 24 99
Jumlah : 113 Keluarga 470 Mangsa

Tindakan Bulan Sabit Merah Cawangan Perak dan Cabang Bukit Merah Bulan Sabit Merah Cawangan dan Cabang telah menghantar seramai 8 Orang pegawai dan ahli untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dipusat-pusat pemindahan sejak 20.10.2008. Bantuan yang telah diberi oleh BSMM Cawangan ialah :
a) Pakaian Terpakai disemua pusat-pusat pemindahan
b) Selimut kepada semua mangsa.

Program susulan BSMM Cawangan Perak.
Pada 22.10.2008 BSMM Cawangan Perak akan menghantar satu pasukan terdiri dari Pegawai Perubatan untuk membuat pemereksaan kesihatan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Co-ordinasi
BSMM Cawangan Perak terus berkordinasi dengan IPK sejak 20.10.2008 dan akan memberi maklum balas keadaan dari masa ke masa terus ke Bilik Operasi Bencana Ibupejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia. Disamping itu kerjasama dan ko-ordinasi BSMM Cawangan dengan Bilik Gerakan Banjir Daerah/Polis/JKM. Ibupejabat Kebangsaan BSMM sudah bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada Cawangan Perak bila-bila masa diperlukan.

.:sumber dari Ibu Pejabat Kebangsaan:.

05 September 2008

25 Ogos 2008

KEM DWI CABANG TANJONG MALIM / SLIM RIVER










SK TANJONG MALIM, 20hb hingga 22 Jun 2008
. Satu program telah dijalankan bagi memenuhi aktiviti tahunan BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Belia dan Kanan-kanak dengan kerjasama BSMM cabang. Program ini bertujuan menguji kecekapan anggota di dalam ilmu pertolongan cemas dan ilmu perkhemahan.










Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Yang Amat Berbahgia Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan. Turut hadir bersama Yang Berusaha Tn Hj Abdul Kadir, Guru Besar SK Tanjong Malim, Perak. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 178 orang anggota unit belia dan unit kanak-kanak. Pada perasmian penutup pula dirasmikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohammad, Penolong Pengarah Belia dan Kanak-kanak BSMM Cawangan Perak. Diharap Program sebegini dapat dijalankan dengan jayanya pada masa hadapan. ADMIN.


TAMAN NEGARA, CABANG TG MALIM / SLIM RIVER










TAMAN NEGARA, PAHANG, 4hb hingga 6hb Julai 2008.
Satu program lawatan sambil belajar telah di anjurkan oleh Majlis Belia Daerah. Program ini disertai oleh ahli majlis gambungan MBD. BSMTMSR telah menghantar wakil seramai 4 orang. Antara aktiviti yang telah dibuat, mendaki Bukit Terisik, merentasi hutan Taman Negara, Kanopi Walk dan Boat Shutting. Program ini telah berjayalan dengan jayanya. Diharap program sebegini dapat menarik perhatian belia untuk mengikuti mana-mana persatuan belia. Admin.












Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding