Pengikut

25 Ogos 2008

KEM DWI CABANG TANJONG MALIM / SLIM RIVER










SK TANJONG MALIM, 20hb hingga 22 Jun 2008
. Satu program telah dijalankan bagi memenuhi aktiviti tahunan BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Belia dan Kanan-kanak dengan kerjasama BSMM cabang. Program ini bertujuan menguji kecekapan anggota di dalam ilmu pertolongan cemas dan ilmu perkhemahan.










Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Yang Amat Berbahgia Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan. Turut hadir bersama Yang Berusaha Tn Hj Abdul Kadir, Guru Besar SK Tanjong Malim, Perak. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 178 orang anggota unit belia dan unit kanak-kanak. Pada perasmian penutup pula dirasmikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohammad, Penolong Pengarah Belia dan Kanak-kanak BSMM Cawangan Perak. Diharap Program sebegini dapat dijalankan dengan jayanya pada masa hadapan. ADMIN.


Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding