Pengikut

03 Oktober 2009

29 Mei 2009

Anugerah Pingat 2009

KUALA KANGSAR, 19hb Mei 2009. Mejor Mohamd Fais bin Jamil, Setiausaha Kehormat BSMM Cabang telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian yang telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Dr Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak sempena Perayaan Ulang Tahun Keputraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Tahniah diucapkan.



PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS

26hb April 2009. Ibu Pejabat Cawangan Perak, Ipoh. Telah dijalankan satu pertandingan pertolongan cemas diantara cabang. Sebanyak 5 buah cabang menyertai pertandingan kategori belia, manakala kategori sebanyak 2 buah cabang yang menghantar penyertaan. Pertandingan ini telag dirasmikan oleh YB Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Luar. Turut hadir bersama Dato' Ismail bin Shah Bodin, Pengerusi BSMM Cawangan perak. Antara cabang yang mengambil bahagian adalah Cabang Tanjong Malim / Slim River, Cabang Kuala Kangsar, Cabang Perak Tengah, Cabang Manjung dan Cabang Ipoh. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Cabang Kuala Kangsar bagi kategori unit belia, manakala Cabang Ipoh telah memenangi bagi kategori unit VAD. Tahniah diucapkan. Pada perasmian penutupan pula dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perak, Ybhg Dato' Akram. ADMIN.


.:dibilik taklimat peserta dan kuarantin:.

.:antara hakim yang bijaksana:.


.:team test:.

.:mangsa:.

.:majlis perasmian:.

.:YB Dato' Timbalan Menteri Luar membuat CPR:.

.:penyampaian hadian cenderahati:.

.:bandaging realy:.


.:penyampaian hadiah kepada Johan keseluruhan belia:.

.:penyampaian hadiah cenderahati:.

06 Mac 2009

KEM LATIAHAN BENCANA ALAM & OPERASI MENYELAMAT

Cabang Tanjong Malim / Slim River, 7hb hingga 9hb Febuari 2009, Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar. Seramai 142 orang pegawai kadet UPSI unit 49 telah menjalankan satu latihan bencana alam dan operasi menyelamat. Latihan ini telah diketuai Mejor Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga latihan Cabang. Latihan ini telah dijalankan semala 3 hari 2 malam. Di dalam latihan ini telah dijalankan 2 simulasi bencana alam iaitu tanah runtuh dan genjatan senjata. program ini telah selamat ditutup oleh Pengarah Pusat Ko UPSI, Prof Madiya Zakaria pada penghujung latihan. Turut hadir bersama YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Haji Ghazali pengerusi cabang, Lt. Kolonel Chua Teik Wei dan wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Tanjong Malim Slim river. Diharap kepada semua peserta dapat menfaatkan ilmu yang telah disampaikan semasa latihan. ADMIN.

.:pendaftaran:.

.:mendirikan khemah jam 2.00 pagi:.

.:perbincangan kumpulan:.

.:perbincangan ketua-ketua unit:.
.:antara mereka yang mekupkan:.

.:loteh membasuh:.

.:mengoreng ayam:.

.:taklimat dari pegawai atasan:.
.:tercerdera di medan perjuangan:.

.:alamak macam mana nak makan:.

.:borat lak budak nih:.

.:pegawai pemerhati:.
.:antara peserta yang terlibat:.

.:kehadiran tetamu VIP:.

.:antara tamu yang hadir:.

.:ucapan penutup kem latihan:.
.:penyampaian hadiah:.

.:kenangan bersama jurulatih dan perasmi:.

.:menjamu selera:.

04 Mac 2009

KURSUS PLAN KONTENJENSI BENCANA ALAM PERINGKAT KEBANGSAAN

31hb Januari hingga 1hb Febuari 2009. Hulu Langat, Selangor. Cabang Tanjong Malim / Slim River telah mewakali Cawangan Perak bagi mengahadiri Kursus Kontinjensi Bencana Alam. Pihak cabang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan iaitu Mejor Mohamad Fais Jamil, LT Mohd Fadris bin Mohd Taufik, LTM Raja Mohd Azahar, UBS Hazwani dan UBAS Faizal. Pada kursus ini telah diterangkan bahawa plan ini adalah plan yang melindungi plan bancana alam yang sedia ada. Turut hadir bersama ahli dari BSMM Cawangan Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur. Pihak kebangsaan mengharapakan setiap cawangan akan menyiap plan ini dari peringkat cabang hingga ke peringkat cawangan. Selepas kursus, para peserta telah menyerahkan kutipan bantuan GAZA yang telah disampaikan oleh Mejor Mohd Hayadi kepada wakil kebangsaan di Ibu Pejabat Kebangsaan Kuala Lumpur. Bagi sebagai simbolik pula Mejor Mohamad Fais Jamil telah menyampaikan kutipan tersebut kepada Pengarah yang bertangunggjawab tentang kutipan derma di tapak pameran sambutan hari wilayah. Sekian. ADMIN.


.:penyerah wang GAZA kepada Pengarah:.




.:bergambar bersama pewagai yang baru pulang dari GAZA LT Kolonel Nasir:.
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding