Pengikut

16 Disember 2010

Golf amal BSMM negeri perak 2010



Suasana Golf Amal perak bagi tahun 2010

bertujuan bagi mengumpul dana bencana alam

turut disertai oleh pemaian golf dari Negara Thailand seramai 19 orang




Terima kasih kepada penderma-penderma atas sokongan yang diberi

penghargaan diucapakan kepada ahli jawatankuasa kerja golf amal atas penganjuran

tahun depan diharap mendapat banyak lagi penyertaan..........

07 September 2010

"Selamat Menyambut Hari Lebaran Aidilfitri"

Ahli Jawatankuasa BSMM Cawangan Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli muslim Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak. Semoga dihari lebaran disambut dengan penuh kegembiraan.

31 Ogos 2010

Bantuan kepada keluarga kurang kemampuan sempena sambutan Aidilfitri


Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohamad Rafaie bin Hj Mokhtar, Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Turut hadir sekali AJK BSMM Cawangan Perak bagi menjayakan program ini.


17 Ogos 2010

Program Derma Darah Peringkat Kebangsaan

Pada tahun ini BSMM Cawangan Perak telah menjadi tuan rumah bagi pelancaran Program Derma Darah Pernigkat Kebangsan bagi tahun 2010. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' wira Dr Hj.Bahari bin Datuk Hj.Abu Mansor, Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia. ADMIN





26 Jun 2010

Mantan Pengerusi Meninggal

Allahyarham Dato' Ismail telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 26hb Jun 2010, petang sabtu. Allahyarham merupakan mantan Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Bagi pihak persatuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Dato'. Jasa baik Allayarham dato' Ismail akan kami kenang.

31 Mei 2010

AGM 2010

30hb Mei 2010, BSMM Cawangan Perak telah menjalankan satu perkara wajid yang dijalankan pada setiap tahun mengikut keperluan buku perlembagaan BSMM. Pada tahun ini merupakan Mesyuarat Agong Pemilihan. Pencalonan untuk bertanding kerusi kerusi di peringkat cawangan telah diberikan dengan lebih awal. Mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dilantik.
~ADMIN~



.:wajah-wajah Penolong Pengarah, Naib Pengerusi 2 dan Pegawai Perubatan yang baru:.

.:Perwakilan cabang:.




.:Pengiraan undi:.

14 Mei 2010

Tahap Kesihatan Dato' Ismail





Dato' Ismail bin Shah Bodin dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Ipoh pada 4hb Mei 2010 yang lalu. Beliau dikatakan amat membimbangkan kesihatan beliau. Beliau berada di Tingkat 5 wad 888 Hopital Pakar Ipoh. Diharap semua ahli memdoakan kesihatan yang berbahagia Dato'

01 April 2010

Mesyuarat Agong Cabang

28hb March 2010, Ahad, Cabantg Tanjong Malim / Slim River SM Vokasional Slim River telah di adakan satu majlis perasmian Mesyuarat Agong kali ke-39 dan Pentupan Kem Rekrut dan Ujian Kenaikan Pangkat yang di rasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Choo, Pegawai Perubatan kehormat BSMM Cawangan Perak mewakili Yang Berbahagia Dato' Ismail bin Shah Bodin, Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Turut hadir bersama Pengerusi BSMM Cabang Batang Padang dan Penolong Pengarah BSMM Cawangan Perak. Dalam majlis ini seramai 200 orang anggota lain-lain pangkat dan 20 orang pegawai turut serta bagi menjayakan program pada kali ini. Pada kali ini di sampaikan Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji kepada nggota yang telah berkhidmat dengan cemerlang, tahniah diucapkan.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Kolonel Dr. Hj Ghazali:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL dan PJT, Pingat Jasa Terpuji : Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Lt. Kolonel Che' Ri:.



.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Mejar Hashim Dahalan:.

01 Januari 2010

Tugasan Di Lapangan

Pada 25hb hingga 27hb Disember 2009, BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River telah bertugas diprogram ekspidisi jelajah belia yang anjurkan oleh Persatuan Belia Slim Village.

Seramai 14 orang petugas BSMM mengikuti program tersebut. Jumlah pesrta yang mengikuti program ini seramai 300 orang peserta dan 100 petugas yang terdiri dari pada BSMM, SMART, RELA dan Pejabat Kesihatan Batang Padang.

Program ini dimulakan di Kampung Lintah Slim Village. Pada petang 25hb, dijalankan majlis peramian yang dirasmikan oleh EXCO Belia dan Sukan Perak. Pada hari pertama kesemua anggota bermalam di SK POS Berseh dan pada hari keduanya ekspidisi tersebut dijalankan.

Kesemua peserta telah selamat sampai di POS Buntuh, Pahang pada jam 9.30 malam. Di situ kesemua peserta tidur di dalam khemah. Pada 27hb kesemua peserta pulang menaiki bas ke Tanjong Malim. Jumlah Jarak perjalanan berjalan kaki adalah 30 km dan 8 jam perjalanan.

Antara petugas yang terlibat adalah:-
di dalam hutan.
- Mejar Hashim.
- Kapten Khirul Asraf.
- Lt. Mohd Fadris.
- LTM Raja Azahar.
- UBS Mie.
- UBS Najib.
- UBS Sam.
- UBS Bam.
- UBS Hasnah.
- Ustaz Rosmidi.

Di Pahang:-
- Mejar Mohamad Fais
- Kapten Che ri'
- Lt. Noor Azrie

Taniah kepada semua anggota yang bertugas.














Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding