Pengikut

04 Mac 2009

KURSUS PLAN KONTENJENSI BENCANA ALAM PERINGKAT KEBANGSAAN

31hb Januari hingga 1hb Febuari 2009. Hulu Langat, Selangor. Cabang Tanjong Malim / Slim River telah mewakali Cawangan Perak bagi mengahadiri Kursus Kontinjensi Bencana Alam. Pihak cabang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan iaitu Mejor Mohamad Fais Jamil, LT Mohd Fadris bin Mohd Taufik, LTM Raja Mohd Azahar, UBS Hazwani dan UBAS Faizal. Pada kursus ini telah diterangkan bahawa plan ini adalah plan yang melindungi plan bancana alam yang sedia ada. Turut hadir bersama ahli dari BSMM Cawangan Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur. Pihak kebangsaan mengharapakan setiap cawangan akan menyiap plan ini dari peringkat cabang hingga ke peringkat cawangan. Selepas kursus, para peserta telah menyerahkan kutipan bantuan GAZA yang telah disampaikan oleh Mejor Mohd Hayadi kepada wakil kebangsaan di Ibu Pejabat Kebangsaan Kuala Lumpur. Bagi sebagai simbolik pula Mejor Mohamad Fais Jamil telah menyampaikan kutipan tersebut kepada Pengarah yang bertangunggjawab tentang kutipan derma di tapak pameran sambutan hari wilayah. Sekian. ADMIN.


.:penyerah wang GAZA kepada Pengarah:.




.:bergambar bersama pewagai yang baru pulang dari GAZA LT Kolonel Nasir:.
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding