Pengikut

26 Oktober 2008

LAPORAN BANJIR DIUTARA PERAK

OPS BANJIR 01/08.
NEGERI : PERAK
TARIKH : 20.10.2008
JENIS BENCANA : BANJIR

LAPORAN KEADAAN
Pada 20.10.2008 Ibupejabat Bulan Sabit Merah Malaysia telah mula memantau keadaan banjir di Bukit Merah Daerah Krian (Perak). jam 4.00 petang pihak IPK telah menghubunggi Setiausaha Cawangan Perak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan banjir di Bukit Merah serta tindakan yang diambil oleh BSMM Caw.Perak. Maklumat terkini dari Bulan Sabit Merah Cawangan Perak :-

Pusat Pemindahan Jum.Keluarga Jum.Mangsa
a. Sek.Keb. Alor Pongsu 53 203
b. Sek.Keb. Bagan Serai 9 51
c. Sek.Keb. Bukit Merah 27 117
d. Sek.Keb. Dahalan 24 99
Jumlah : 113 Keluarga 470 Mangsa

Tindakan Bulan Sabit Merah Cawangan Perak dan Cabang Bukit Merah Bulan Sabit Merah Cawangan dan Cabang telah menghantar seramai 8 Orang pegawai dan ahli untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dipusat-pusat pemindahan sejak 20.10.2008. Bantuan yang telah diberi oleh BSMM Cawangan ialah :
a) Pakaian Terpakai disemua pusat-pusat pemindahan
b) Selimut kepada semua mangsa.

Program susulan BSMM Cawangan Perak.
Pada 22.10.2008 BSMM Cawangan Perak akan menghantar satu pasukan terdiri dari Pegawai Perubatan untuk membuat pemereksaan kesihatan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Co-ordinasi
BSMM Cawangan Perak terus berkordinasi dengan IPK sejak 20.10.2008 dan akan memberi maklum balas keadaan dari masa ke masa terus ke Bilik Operasi Bencana Ibupejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia. Disamping itu kerjasama dan ko-ordinasi BSMM Cawangan dengan Bilik Gerakan Banjir Daerah/Polis/JKM. Ibupejabat Kebangsaan BSMM sudah bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada Cawangan Perak bila-bila masa diperlukan.

.:sumber dari Ibu Pejabat Kebangsaan:.
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding