Pengikut

16 Jun 2008










DATARAN BANDARAYA IPOH, IPOH, 15hb Jun 2008. Perbarisan Ulang Tahun BSMM Ke-60 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia telah berlangsung dengan jayanya oleh semua ahli yang terlibat. Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana mencemar duli ke Perbarisan ualang tahun BSMM Ke-60. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak dan Isteri.










Di dalam majlis tersebut, penyampaian Anugerah BSMM telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak. Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang telah mendapat Pingat Jasa Terpuji ( PJT ). Pihak BSMM Cawangan Perak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BSMM Perak, pihak istana, Jabatan-jabatan kerajaan dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa yang mendatang. ADMIN.
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding