Pengikut

16 Jun 2008

PERAYAAN ULANG TAHUN BSMM KE60 TAHUN










DATARAN BANDARAYA IPOH, IPOH, 15hb Jun 2008. Perbarisan Ulang Tahun BSMM Ke-60 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia telah berlangsung dengan jayanya oleh semua ahli yang terlibat. Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana mencemar duli ke Perbarisan ualang tahun BSMM Ke-60. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak dan Isteri.










Di dalam majlis tersebut, penyampaian Anugerah BSMM telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak. Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang telah mendapat Pingat Jasa Terpuji ( PJT ). Pihak BSMM Cawangan Perak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BSMM Perak, pihak istana, Jabatan-jabatan kerajaan dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa yang mendatang. ADMIN.

13 Jun 2008

MESYURAT AGONG SESI 2008-2010










IBU PEJABAT CAWANGAN PERAK, IPOH. 06hb Jun 2008
. Mesyuarat agong peringkat cawangan perak telah dijalankan pada hari ini. semua perwakilan dari cabang telah menjalankan tanggungjawab bagi melaksanakan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2008-2010. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa cawangan yang telah terpilih. Dengan ini secara rasmi Y. Bhg Dato' Ismail bin Shah Bodin sebagai pengerusi BSMM Cawagan perak. Y. Bhg Dato' Hj Mohamed Akram bin Hj Mohd Tahir sebagai Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh wakil YAB Menteri Besar Perak iaitu Exco Kesihatan. Kami sebagai ahli mengucapkan jutaan tahniah diatas pemilihan tersebut.

01 Jun 2008

KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN










PUTRAJAYA, 23hb hingga 25 hb Mei 2008.
Kawad kaki peringkat kebangsaan telah di jalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontijen negeri Perak telah diwakili oleh BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Pasukan tersebut adalah pasukan unit belia dari SMK Agama Slim River ( kategori lelaki ), SMK Khir Johari ( kategori perempuan ).

Turut hadir ke pertandingan tersebut Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali bin Abdul Wahab, Pengerusi BSMMTMSR. Pengurus pasukan bagi kedua-dua pasukan adalah Mejor Mohd Anuar Salleh dan Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat adalah Mejor Muhammad Fais Jamil, Mejor Mohd Hayadi abd Ghani, Staf Sarjan Mohd Fadris dan YM Sarjan Raja Azahar.









Pada tahun ini pertandingan melibatkan semua kategori, iaitu KRS, GO dan NGO. Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Tahun ini keputusan tidak menyelebelahi kontijen Negeri Perak. semoga di masa akan datang kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan ini dapat membuktikan kepada persatuan. Kalian hebat. ADMIN.
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak
Ibu Pejabat Cawangan
Jalan Kompleks Sukan
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5466159.
Fax: 05-5482679.
Email: bsmmprk@yahoo.com.my

Foto Dinding